Make your own free website on Tripod.com

KUALITI DAN KREATIVITI DALAM PENGURUSAN


By Rorzali

Dalam menghadapi era perubahan teknologi informasi,oganisasi perlu melakukan adaptasi yang cepat dan radikal bagi menangani tekanan kompetetif yang diwujudkan oleh perkembangan pasaran global.Pengurusan yang hanya menekankan kualiti tanpa mengambil kira kreativiti akan menyebabkan sesuatu model atau artifek itu menjadi berbentuk tradisional.Pengurusan Kualiti Menyeluruh(TQM) masa kini dianggap sebagai tradisional dan kurang sesuai kerana sesebuah organisasi itu perlu sensitif dan peka tentang perubahan yang berlaku dalam pembentukan budaya korporat di samping itu bertindakbalas terhadap pasaran global yang mampu menjejaskan kemampuan sesebuah pengurusan dalam organisasi.Dalam menghadapi era pasaran global,pemikiran terhadap pengurusan memerlukan perubahan atau anjakan paradigma dalam pemikiran tentang kualiti pengurusan;secara teori atau praktis,ia akan melibatkan kualiti dan kuantiti sesuatu keputusan itu dihasilkan. Pelbagai perkara perlu diambilkira dalam mengurus sesebuah organisasi - pengurusan berasaskan masa,perkembangan yang pesat dalam teknologi,pengeluaran intensif,pendidikan untuk tenaga kerja,kewangan berasaskan aktiviti dan sebagainya.Untuk mencapai perubahan dalam struktur,sistem,perhubungan dan bentuk aktiviti yang mengintergrasikan kesemua matlamat,pengurusan sesebuah organisasi itu perlu membuat penyesuaian terhadap perubahan dalam paradigma pemikiran.Mengikut Sternberg dalam 'Breakthrough Thinking In Total Quality Management'(Hoffher,Moran and Nadler,1994) "Identifies three types of intelligence - analytical,creative and contextual play equally important roles in solving different types of problem" Seseorang pengurus itu perlu meneroka pelbagai persoalan yang timbul daripada memberi gerakbalas terhadap persoalan yang timbul dalam situasi tertentu dan ini menunjukkan bahawa meningkatkan keberkesanan dan pemikiran yang kreatif adalah penting dalam menyelesaikan masalah yang timbul.Jim Clemmer daripada Achieve International dalam buku yang sama telah mengenalpasti lima kesilapan umum yang telah menyebabkan kegagalan dalam TQM dan salah satu daripadanya adalah berpunca daripada kepimpinan yang lemah.Dalam pengurusan sesebuah organisasi yang menekankan kualiti,kreativiti boleh memainkan peranan penting ke arah meningkatkan kualiti pengurusan. Terdapat pelbagai definisi yang dilihat daripada perspektif yang berlainan tentang kualiti.Dalam "Implementing Total Quality"(Goetsch & Davis,1995),Fred Smith of Federal Express mendefinisikan kualiti sebagai "performance to the standard expected by the customer…." The General Services Administration,USA: "meeting the customer needs the first time and every time" Syarikat Boeing: "Provoding our customers with products and services that consistenly meet their needs and expectations" US Department of Defence: "Doing the right thing right the first time,always striving for improvement and always satisfying the customer". Stephen Uselac mendefinisikan kualiti sebagai; "…..quality is an attribute of a product or service that can be improved.Most people associate quality with product or service.Quality is NOT only products and services but also includes PROCESSES,ENVIRONMENT and PEOPLE". Daripada definisi-definisi yang telah dinyatakan di atas,Goetsch & David(1995) mendefinisikan kualiti sebagai "Quality is a dyanamic state associate with products,services,people,processes environment that meet or exceed current expectations". Berasaskan definisi di atas,keadaan dinamik adalah dirujuk kepada kualiti di mana kualiti boleh dan sentiasa berubah.Manakal produk,perkhidmatan,manusia dan persekitaran menunjukkan bahawa kualiti tidak sahaja tertumpu kepada produk dan perkhidmatan tetapi juga melibatkan manusia dan proses serta persekitaran di mana kualiti itu disediakan. Sepertimana kualiti,terdapat pelbagai definisi yang diberikan tentang TQM.US Department of Defence mendefinisikan TQM sebagai: TQM consists of continous improvement activities involving everyone in the organization - managers and workers - ia a totally integrated effort toward improving performnce at every level.This improved performance is directed toward satisfying such cross-finctional goals as quality,cost,schedule,mission need and suitability.TQM intergrates fundamental management technique,existing improvement effort,and technical tools under a deciplined approach focused on continual process improvement.The activities are ultimately focussed on increased customer/user satisfaction." Proses kreatif iaitu bagaimana idea inovatif itu wujud dalam pemikiran manusia masih lagi menjadi satu misteri.Setakat apa yang diketahui kreativiti melibatkan penjanaan idea yang luar biasa dan sukar dicapai.Kreativiti dianggap sebagai kebolehan semulajadi dan individu yang mempunyai kebolehan itu dianggap sebagai seorang yang mempunyai beberapa kualiti sejati yang jarang dijumpai.Dalam membuat perbandingan,kualiti dalam pemikiran membezakan antara seseorang individu itu dengan individu yang lain.Walau bagaimanapun ada pendapat yang mengatakan bahawa kreativiti itu boleh dilatih.Mengikut Jones(1972),beliau mengatakan bahawa manusia sememangnya mempunyai potensi untuk bersifat kreatif.Dengan persekitaran dan teknik yang sesuai maka potensi kreatif ini boleh dikenalpasti,dipupuk dan diukur. Gilchrist(1972) dalam buku Kreativiti:Ke Arah pembentukan Masyarakat Kreatif,mengulas pelbagai definisi tentang kreativiti dan membuat keputusan bahawa kesemua definisi ini mempunyai satu ciri penting yang sama iaitu keupayaan untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan bernilai samada ia bersifat maujud atau tidak.Dalam buku yang sama,Torrence(1974) memberikan satu definisi yang menyeluruh.Beliau mengatakan bahawa kreativiti adalah suatu proses yang menjadikan seseorang itu peka terhadap masalah,kekurangan,jurang pengetahuan,unsur-unsur yang hilang,ketidak harmonian dan sebagainya;mengenalpasti perkara-perkara sukar,mencari penyelesaian,membuat tekaan atau membentuk hipotesis tentang kekurangan itu,menguji dan menguji semula hipotesis-hipotesis ini dan mungkin mengubahsuai dan mengujinya semula;dan akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain.Sementara Mumford & Gustafson(1988) mendefinisikan kreativiti sebagai penjanaan produk-produk yang bersifat novel dan berguna bagi masyarakat. Pengurusan kualiti sesebuah organisasi tidak seharusnya mementingkan kualiti pengeluaran dan perkhidmatan tetapi turut mengwujudkan budaya kualiti dan kreativiti terhadap sumber manusia dalam organisasi tersebut.Dengan memiliki sumber manusia yang kreatif dan berkualiti, pengurusan sesebuah organisasi itu mampu untuk meningkat maju dalam dunia yang semakin kompetetif ini.Anjakan paradigma dalam pemikiran dengan menanamkan unsur-unsur kreatif di samping budaya kualiti yang sedia wujud seharusnya diberi keutamaan.Lazimnya,kebanyakkan organisasi cuba mengamalkan konsep TQM dengan menggunakan opsyen-opsyen yang tertentu seperti'Just-In-Time','Statistical Process Control','Quality Circle' dan sebagainya merasakan mereka adalah kreatif dengan mengambil beberapa opsyen dan meletakkannya di bawah TQM.Kemudiannya mereka merasa kecewa kerana menghadapi kegagalan memandangkan teknik yang digunakan tidak menghasilkan produk sepertimana yang dijangkakan.Sistem operasi dan penyelidikan seringkali dipersalahkan apabila berlaku kegagalan dalam meningkatkan idea yang inovatif dan mampu dilaksanakan. Kita seharusnya tidak lupa bahawa sumber manusia memainkan peranan penting dalam perlaksanaan sesuatu model kualiti yang ingin diperkenalkan.Pengurusan yang berkualiti dengan menerapkan unsur-unsur kreativiti boleh mendatangkan faedah kepada sesebuah organisasi dan ini boleh dilakukan dengan anjakan paradigma dalam pemikiran menerusi penerapan unsur-unsur kreativiti dalam pengurusan.Hoffher,Moran dan Nadler(1995) menggariskan beberapa elemen yang boleh dilaksanakan dalam sesebuah pengurusan.Antaranya: 1. mewujudkan peraturan tentang kritikan apabila sesuatu idea itu dijanakan khususnya di dalam mesyuarat 2. menggalakkan 'freewheeling' biarpun seganjil mana idea yang diberikan 3. cuba meningkatkan idea dengan membina atau mencantumkan dengan idea-idea lain. 4. Setiap orang dilayan secara adil dengan mengenepikan perbezaan status dalam mesyuarat 5. mengekalkan sikap yang positif 6. menanangi idea-idea sebaik mungkin dengan menukarkan kemungkinan yang negatif kepada positif 7. mengekalkan komitmen pihak atasan terhadap polisi yang menyokong kepada perubahan dan peningkatan berterusan. Langkah-langkah di atas adalah antara langkah penting yang boleh diamalkan dalam pengurusan berkualiti sesebuah organisasi bagi mengwujudkan budaya kreativiti. Sebagai rumusannya,kualiti dan kreativiti merupakan dua elemen yang boleh disepadukan dalam pengurusan sesebuah organisasi.Kesepaduan kedua-dua unsur ini akan membantu meningkatkan imej dan prestasi pengurusan sesebuah organisasi itu.Peranan dan komitmen pihak atasan adalah penting bagi mengwujudkan unsur kreativiti dalam pengurusan.Idea-idea yang kreatif jika dipupuk dan digalakkan akan menghasilkan pemikiran yang berkualiti dan ini turut akan memberi kesan terhadap pemikiran dan seterusnya berupaya mempengaruhi tingkahlaku dalam pekerjaan khususnya untuk melakukan sesuatu dengan berkualiti.

BIBLIOGRAFI

Ainon & Abdullah(1995).Kemahiran Berfikir Tinggi,Utusan Pub.&Dist.Sdn.Bhd.,K.L.

Goetsch,D.L.&Davis,S.(1995).Implementing Total Quality,Prentice-Hall,Englewood Cliffs,N.Jersey Hoffher,G.D.,Moran,J.W.&

Nadler,G.(1994)Breakthrough Thinking In Total Quality Management,PTR Prentice-Hall,N.Jersey

Dacey,J.S.(1989).Fundamentals Of Creative Thinking,Lexington Books,N.York

Oakland,J.S.(1993)Total Quality Management,Butterworth Heinemann Ltd,Oxford,London

Yong,L.M.S.(1994) Kreativiti:Ke Arah Pembentukan Masyarakat Kreatif,Arenabuku Sdn.Bhd.,K.L.

Rorzali