Make your own free website on Tripod.com

"Rubbish Talk"


Oleh Abrahim Abdullah

Di Payung Corner- sering aku menjadi pemikir yang cuba mentafsir lagak dan rawak para sahabat di tempat aku bekerja. Ada yang mengata dan mempersenda, "..buang masa bawah payung !" Bawah payung,ramai rakan yang ikhlas dan istimewanya sebagai transit meluah rasa peribadi terhadap apajua isu semasa yang mungkin boleh dikongsi bersama. Berbicara tanpa tajuk yang khusus ,sambil menghirup idea,mencerna ragam rakan,menjadi garam akrab dalam persahabatan. Singgah dan duduk menjamah kemesraan ,sekurang-kurangnya menjadi pendengar setia yang lain berbicara tentang masalah kehidupan,lalu bergegas ke ruang kerja tanpa siapa menyekat malah menghambat . Halim, sang akrab pasti menceritakan semula kuliah subuh yang baharu diikuti.Itu resepi istimewa saban pagi.Abang Long,(seperti aku dan juga tuan pengetua yang isteri masing-masing tidak bersama di utara ini) semestinya Payung Corner tempat seketika mengalas rasa terkenang sudah lama tidak dihidang mesra sayang dari tersayang.. apakan daya. Jusni dan ( kadang-kadang Zaidun ) pasti cerita tentang maklumat teknologi terkini pabila ditanya ..Apa kurang pula si penjual ubat & minyak wangi yang kadang-kadang lansung tidak berbayar rakan .semeja.Dalam pergaulan dengan rakan rakan semeja di bawah payung telah memberi pengalaman dan pengetahuan yang baharu pula . .Jadi dalam rangka aku mengumpul khazanah to know everything of something..aku juga dapat mengumpul khazanah to know something of everything Dan aku sebagai pendengar setia yang kadang-kadang menyampuk dengan sekelumit cerita yang sengaja diada-adakan sebagai penyeri berita yang tidak ada.Lantaran teramat kerap dicap dan ditohmah sebagi membuang masa(memangpun) berbual kosong (yang padat berisi pelbagai rencah mesra rojak kehidupan).Ada yang kata kami di Payung Corner "talking rubbish .Jadi di ruangan ini pasti akan aku buktikan kepada mereka yang akau ini benar benar "talking about rubbish " dan sengaja aku tajukkan cerita dari pengalaman dan pengahayatan peribadi aku ini dengan judul Rubbish Talk. Sebelum itu baiklah aku perkenalkan diri .Nama aku Abdul Rahim Bin Abdullah Bin Ahmad Bin Khatib Endut ...setakat itu cukuplah kerana orang panggil aku Im .

Untuk lebih serius tentang rubbish talk ini biarlah aku mulakan dengan cerita yang pertama: Dipetik dari Leo Buscaglia (1989) dalam Living ,Loving & Learning ,berkata Katanzakis: "When a tree dies,that is not the end of it.Decomposes begin, tearing and breaking away the tree into pieces.After a while the tree blended back into the soil,returning back what it has taken...so that the others may live !"

Betapa indahnya resam pokok.Sejak mula membesar dan merendang,pasti pokok itu menggugurkan daunannya yang layu setelah melalui proses dari pucuk.Maka berguguranlah daun daun kering ditiup angin lalu bersepahan di bumi.Menimbun bumi dengan daun kering yang kemudiannya mereput menjadi baja kompos untuk dirinya dan untuk bakal biji benih yan akan digugurkan nanti. Nah lihatlah persediaan dan persiapan pokok terhadap bakal generasi baharunya nanti. Kalau begitu maksud pokok menebarkan daunnya ke bumi,kenapa kita manusia menkelaskan daun kering itu sebagai S A M P A H ? Sampah adalah interpretasi manusia. Ah...sampah ! Semua orang membuat sampah dan kemudian menyampah ,melihat sampah.Orang yang sering membuang sampah dimerata-rata tempat(kecuali di rumahnya)juga menyampah melihat sampah.Kalau tidak percaya cuba anda curahkan sampah di hadapan pintu rumah orang yang sering membuang sampah tidak bertempat itu,...kalau tidak didakwanya anda ke mahkamah pasti lebam muka anda dibelasahnya. Ah...Sampah ! Apa kata kalau pegawai penguatkuasa yang menangkap orang yang membuang sampah sewenang-wenangnya di merata tempat ,menghadiahkan pesalah itu satu lori sampah sarap dari pasar ke dalam rumahnya.Pasti pesalah itu akan bertaubat dan tidak sewenang-wenang membuang sampah . Kalau kita boleh memandang dan melihat (look and see ) disebalik kejadian sampah itu,maka terfikirkah kita bahawa benda-benda yang kita katogerikan sebagai sampah itu sebenarnya adalah sesuatu yang murni.Kemurniannya berubah menjadi sesuatu yang amat menjijikkan setelah kita kelaskan sebagai sampah.Cuba kita teliti betul-betul...sisa makanan,remah nasi tulang aya,m.tulang ikan..lebihan kuah kari kulit buah-buahan ah...tak perlu sebutlah tentang jenis-jenis sampah itu kerana semua orang tahu. Kan semua manusia dalam hidupnya membuat sampah .Tidak perlu disebut satu persatu tentang jenis sampah itu....kucing biang dan anjing liar juga tahu tentang sampah kita sebab itu mereka membuat operasi mengelidah tong-tong sampah kita setiap tengah malam...lalat , langau dan ulat juga tahu memanfaatkan sampah yang kita buang itu. Baiklah., dalam persoalan sampah ini yang penting dan yang ingin aku persoalkan ialah pokok perkara disebalik kejadian sampah.Terfikirkah kita dengan kewujudan sampah itu telah mengilhamkan manusia mencipta, Penyapu Sampah ? Pencakar Sampah? Bakul Sampah ? Tong Sampah ? Lori Sampah ? Teknik Pelupusan Sampah ? Terfikirkah kita bahawa dengan wujudnya sampah danwujudnya manusia membuat sampah maka adanya manusia yang memerlukan penyapu sampah dan tong sampah.Lantaran itu wujud pula manusia yang mendirikan kilang membuat penyapu sampah dan kilang membuat tong sampah,sekali gus dapat pula menyediakan peluang pekerjaan kepada sebahagian manusia lain yang manusia itu dapat pula mencari nafkah untuk menyara keluarganya .Pengusaha kilang itu pula akan membayar cukai kepada kerajaan.Perolehan dari cukai itu pula kerajaan dapat membangunkan negara .Ah..sampah....sampah. Cuba renungkan....lantaran kita yang sentiasa membuat sampah,maka permintaan terhadap peralatan yang berkaitan dengan sampah menjadi tinggi.Apabila permintaan tinggi maka kilang dapat beroperasi,pekerja diperlukan . Pekerja-pekerja di sektor pungut sampah juga dapat bekerja.dapat rezeki untuk menyara keluarga.Bayangkan apakah yang akan terjadi andai kita semua tiba-tiba tidak lagi membuat dan membuang S A M P A H ? ........AKU PERLUKAN KOMEN DAN RESPON DARIPADA ANDA! OK ? 2.Rubbish Talk

Hai jumpa lagi..harap tidak jemu terhadap cerita pasal sampah ini. Ya cuba bayangkan bagaimana tiba tiba semua manusia tidak lagi membuat sampah. Apakah yang akan terjadi ? Kilang membuat penyapu sampah akan tutup. Kilang membuat tong sampah akan lingkup. Kilang membuat lori sampah akan rugi. Pengusaha kilang akan lingkup dan para pekerjanya akan menjadi penggangur.Anak isteri mereka akan kelaparan. Cukai ,kerajaan tidak dapat pungut dan pembangunan tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Kewujudan sampah amat bermakna kepada mereka yang terlibat dalam industri SAMPAH........... Rumusan kecil yang dapat sya simpulkan ialah: SAMA-SAMALAH KITA MEMBUAT SAMPAH !