Make your own free website on Tripod.com

"Rubbish Talk "

Siri 4: Abrahim

RUBBISH TALK 4 (S.A.M.P.A.H BERKATA UNTUK.) OLEH AbRahim Abdullah

Bagaimana kalau semua pekerja di sektor sampah tidak mahu lagi bekerja.Berapa meter padu sampah yang kita hasilkan setiap hari..Apa akan terjadi kepada negara kita jika rutin masyarakat yang setiap dalam kehidupannya akan membuat sampah,sedangkan sudah tidak ada lagi manusia yang mahu bekerja memunggut dan melupus sampah.Tidak dapat dibayangkan jika timbunan sampah sampah sarap yang menimbus Sungai Gombak dan Sungai Kelang melimpahi tebingnya dan bmenimbusi semua jalanraya.Semua pergerakan kenderaan akan tersekat.Alangkah sunyinya bandaraya kita.tanpa hiruk piruk kesesakan kenderaan.Polis Trafik bolehlah releks sedikit.Manusia akan terpaksa berhimpit-himpit dan terkial kial berjalan atas sampah yang semakin meninggi setiap hari.Mereka tidak perlu berpayung kerana lalat dan langau yang berterbangan boleh meneduhkan perjalanan.Lama kelamaan sampah akan menjadi sebahagian dari kehidupan harian bagai debu dan jerubu yang melanda.Apabila manusia yang hidup dalam timbunan sampah yang mereka sendiri buat,maka tidak siapa lagi hirau pada baunya.Minyak wangi juga tidak laris lagi kerana bau minyak wangi itu sudah menjadi bau asing yang tidak menyenangkan hidung .Dan akan ada sebahagian manusia yang akan menternak tikus kerana banyak sumber makanan yang boleh disediakan.Tikus itu pula membesar sebesar kambing atau napoh.Akan terjadikan kehidupan seperti ini ?Kalau semua manusia hanya pandai membuat sampah sedangakn semua manusia tidak mahu bekerja disektor membuang sampah mungkin akan terjadi. Cuba kita bayangkan : Setiap tahun 20.000 tan sampah dipunggah oleh kontraktor pemungut sampah dari kawasan perangkap sampah di Sungai Kelang dekat Kampung Padang Jawa.Dari pernagkap itu pula hingga ke muaranya (sepanjang 17 km.) ditimbuni sampah sarap sebanyak 1000 meter padu setiap bulan.Andai tidak dibersihkan selama satu tahun ini bermakna akan terlonggok setinggi 12,000 meter.Ketinggian ini sudah melebihi ketinggian gunung Everest.Cuba kita bayangkan kemuncak buatan manusia yang lebih tinggi dari Everest.Tentu kemuncaknya akan bersalji.Tentu akan termasuk dalam Rekod Guiness sebagai negara yang mempunyai kemuncak tertinggi di dunia.Maka akan menjadi tarikan pelancong dan para pencipta sejarah yang mahukan namanya tercatat sebagai manusia pertama mendaki kemuncak buatan manusia yang tertinggi di dunia. Ha..apa macam ? Ketika itu para pendaki Malaysia tentulah tercatat sebagai sherpa yang akan menjadi juru pandu kepada pendaki-pendaki lain. Mungkin apabila semua pekerja di sektor sampah mogok dan berhenti kerja secara mendadak,maka gemparlah seluruh rakyat .(Ini cerita lain pula,sebab tak seronoklah asyik dengan cerita merapu sahaja.Sebenarnya memang merapu pun...maklumlah cerita ini sampah yang bercerita ) Oh.ya..bagaimana agaknya andai semua rakyat gempar apabila semua pekerja di sektor sampah mogok dan tidak takut dibuang kerja(mereka dah lama hantar notis berhenti tetapi majikan mereka tak layan) Mungkin pada ketika itu baharulah masyarakat sedar betapa pentingnya dan betapa bermaknanya mereka yang bekerja memungut dan melupus sampah .(yang selama ini tidak dipandang sebelah mata oleh masyarakat.) Maka merayu-rayulah seluruh masyarakat kota,meminta belas kasihan kerajaan agar menilai semula skim tangga gaji di sektor sampah.Banyaklah golongan Kesatuan Bukan Kerajaan(NGO) yang mendesak kerajaan agar menyediakan segera skim perkhidmatan yang lebih baik agar rakyat yakin bahawa sektor itu dapat segera dipulihkan .Ruangan Forum akhbar akan dipenuhi dengan pelbagai cadangan dan desakan untuk memulihkan perjawatan yang sudah tidak diingini lagi oleh rakyat. Bagi mengurangkan keadaan maka kerajaan telah mengadakan langkah positif dengan mengarahkan pembuat sampah menghantar sendiri ke pusat pelupusan .Maka bersungutlah rakyat yang terpaksa menghantar sendiri sampah. Dalam pada itu maka kerajaan telah menawarkan jawatan pemungut sampah dengan tanggagaji baharu.Tawaran dengan gaji empat angka,bonus tiga bulan gaji setahun.Peluang melancong dan pakej Umrah juga disediakan untuk penjawat,Rumah Apartmen tiga bilik,pinjaman membeli kenderaan dan bermacam insentif lagi ditawarkan. Tidak disangka-sangka seminggu selepas tawaran itu,5 juta pemohon menghantar permohonan.Sedangkan kerajaan hanya mahu mengambil 20,000 orang sahaja,untuk mengisi jawatan dibeberapa sektor termasuklah pemandu lori pemandu jentolak dan juruteknik pelupus disamping pemungut,dan tukang sapu.Lantaran jawatan itu menjadi rebutan,pemohonnya ada yang setakat UPSR,yang berkelulusan PMR,SPM,STPM malah ada juga pemegang Diploma dan Ijazah .Tidak kurang pula yang sedang menjawat jawatan termasuk kerani,polis dan tentera yang memohon.Maka apabila peluang yang terhad sedangkan ramai yang memohon,kecewalah mereka yang gagal .Yang berjaya itu pula berasa bangga dan bolehlah berjalan mengembang dada dan tanpa segan silu memberitahu bakal emak mertuanya tentang jawatan yang disandangnya.Jawatan berpristej bertaraf eksekutif !biarpun kerjanya hanya mengangkut atau menyapu atau melupus SAMPAH. Tidak lama kemudian para petugas di sektor ini akan berproton Wira atau Putra ke tempat kerja.Mereka ini menubuhkan kesatuan sekerja.Melalui kesatuan mereka ini mulalah mengugut dan menuntut .Bermacam-macam resolusi dan ketetapan dibuat bagi memudahkan penyelenggaraan kerja mereka.Pelbagai aturan pula dikenakan kepada rakyat bagi memenuhi tuntutan dan desakan kesatuan sektor sampah ini. Mengikut risalah yang dihantar ke semua rumah: Peraturan penggunaan tong sampah dan plastik pembungkus sampah. Semua rumah mesti membeli 3 biji tong sampah dari Kedai Koop Kesatuan .Tong itu masing masing berwarna Putih,Hijau dan Hitam.Tong putih adalah untuk bahan kaca sahaja.Tong Hijau bagi bahan mesra alam yang boleh dilupuskan dengan cara pereputan.Tong Hitam pula bagi sampah kering yang perlu dilupus dalam tanur khas. Sesiapa yang melanggar peraturan akan dekenakan kompoun dan andai kompoun tidak dijelaskan pada bulan berikutnya maka sampah dari kediaman seseorang itu tidak akan dipungut.Jika seminggu tidak dipungut pemilik rumah itu akan disurcaj . Dalam keadaan begini maka rakyat merasa tertekan. Para jurutera dan saintis pula sudah semakin ramai mrnggaru kepala memikirkan cara yang lebih baik untuk melupus sampah.Pelbagai teknologi baru dalam tatacara menghapuskan sampah dengan lebih mudah dan kos yang lebih murah. "Necessity may be the mother of invention BUT Frustration is often the father of success." Berbekalkan kekecewaan dan kemarahan,maka para saintis dan jurutera yang gaji mereka lebih sedikit sahaja dari pemungut sampah,berusahalah dengan lebih gigih membuat penyelidikan demi penyelidikan.Hasil kerahan otak yang sememangnya kreatif dan inovatif maka lahirlah satu ciptaan baru bagi pelupusan sampah.Terciptalah Proto-type sebuah mesin pelupus sampah yang konsepnya sama dengan alat mikro-wave . Bezanya hanyalah kegunaannya,kalau mikro-wave digunakan untuk memasak makanan,maka Wave-bin alat ciptaan baru ini pula berfungsi untuk melupuskan sampah.Semua sisa-makanan termasuk perut dan tulang ikan/ayam,kulit buah-buahan ,remah nasi ,kuah kari dan bermacam-macam lagilah yang di sebut sebagai sampah,boleh dimasukkan ke dalam bag khas.Sisa yang telah dimuatkan kedalam bag itu akan di masukkan ke dalam wave-bin .Dengan menggunakan kuasa elektrik dalam masa 10 minit semua sampah tadi menjadi abu .Serbuk abu itu pula boleh terus dibuat baja pokok bunga. Berita penemuan kaedah baru pelupusan sampah ini telah menjadi berita hangat.Kejayaan anak Melayu yang mengharumkan nama negara dalam bidang teknologi. Khabarnya sudah dibuat perjanjian persefahaman (MOU) di antara Institut Penyelidikan Teknologi Malaysia ,sebagai pencipta alat berkenaan ,dengan M.E.C yang bakal merealisasikan alat Wave Bin itu untuk kegunaan harian dalam kehidupan kita yang sememangnya saban waktu membuat SAMPAH.

Sama-samalah kita tunggukan.

Home