Make your own free website on Tripod.com

Tanggungjawab Sosial Perniagaan


Oleh: Abd Hamid Ahmad (Unit Pengajian Perdagangan)

Pengenalan

Badan-badan perniagaan dan badan-badan korporat yang berjaya biasanya terdiri daripada mereka yang beroperasi di persekitaran yang menyokong dan membantu kemajuan permiagaan. Sokongan padu pekerja, pelanggan, orang ramai, masyarakat dan kerajaan terhadap perkembangan dan kemajuan badan-badan berkenaan merupakan faktor kritikal. Tanpa sokongan kerajaan dan persekitaran politik yang memberangsangkan tidak ungkin pertumbuhan dan kemajuan perniagaan boleh dicapai seperti yang dialami pada masa kini.

Oleh hal yang demikian badan perniagaan dan badan kroporat di negara kita perlulah melihat dan menyedari hakikat bahawa tanpa sokongan dan kerjasama kerajaan serta masyarak di sekitar mereka, mungkin mereka tidak akan berjaya. Sebagai menghargai jasa kerajaan dan masyarakat, mereka perlulah melihat kembali apakah peranan atau tanggungjawab sosial yang boleh dilaksanakan terhadap masayarak.

Tanggungjawab Sosial

Tanggungjawab sosial adalah merupakan tanggungjawab moral yang perlu dipikul oleh perniagaan terhadap kepentingan masyarakat di mana perniagaan tersebut menjalankan operasinya. Tanggungjawab dan kewajipan ini meliputi badan-badan koperat terhadap masyarak yang lebih menyeluruh dan tidak hanya terhad kepada peruntukan undang-undang atau kontrak-kontrak lain di antara pengurusan dengan wakil persatuan-persatuan sekerja.

Sebenarnya sesebuah perniagaan mempunyai kewajipan ke atas beberapa kumpulan anggota masyarakat antaranya ialah pemegang-pemegang saham (pemilik perniagaan), pelanggan-pelanggan dan pengguna, pesaing-pesaing, pekerja-pekerja dan staf, pemiutang-pemiutang, masyarakat tempatan dan kerajaan.

Kenapa Tanggungjawab Sosial

Antara sebab-sebab kenapa perniagaan perlu memahami peranan atau tanggungjawab sosial ialah:

Tanggungjawab sosial akan mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih baik Perubahan-perubahan yang berlaku dalam taraf kehidupan masyarakat akan lebih menguntungkan perniagaan. Contohnya, jika kaum pekerja menerima gaji dan upah yang mencukupi, kuasa membeli mereka akan bertambah secara menyeluruh. Dengan meningkatnya pendapatan, akan bertambah permintaan terhadap barang-barang dan perkhidmatan baru.

Perniagaan yang peka terhadap tanggungjawab sosial akan mempunyai imej awam yang positif. Imej awam yang baik terhadap sesebuah perniagaan dapat mengelakkan perniagaan tersebut dipulau atau disisih oleh masyarakat.

Perniagaan yang melaksanakan tanggungjawab sosial dapat mengurangkan atau mengelakkan desakan undang-undang dan campur tangan kerajaan secara langsung.

Kesedaran terhadap tanggungjawab sosial dapat meningkatkan kewangan dan peluang- peluang pekerjaan.

Perniagaan mempunyai aset-aset seperti kilang dan peralatan, sumber kewangan dan juga kemahiran pengurusan yang boleh digembelingkan untuk mengatasi atau meyelesaikan masalah sosial. Dengan itu masyarakat dapat menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut untuk mengembangkan kemahiran pekerja, peluang-peluang kepada mereka yang cacat dan lain-lain supaya setiap anggota masyarakat dapat melibatkan diri secara produktif dan bertanggungjawab dalam perniagaan

Kesimpulan

Badan-badan perniagaan dan badan-badan korporat yang memahai dan dapat melaksanakan tanggungjawab sosial, pasti berupaya mewujukan imej positif di kalangan masyarakat. Imej positif inilah akan membantu mereka meraih kekayaan hasil daripada keuntungan perniagaan yang meningkat berlipat kali ganda. Dengan hasil keuntungan yang diperolehi, pasti badan-badan perniagaan mampu memperuntukkan sebahagian kecil daripadanya untuk disalurkan bagi melaksanakan tanggungjawab sosial.

Tanpa sokongan masyarakat, persekitaran perniagaan yang sesuai dan dasar-dasar kerajaan yang menyokong kemajuan perniagaan, pastinya kepesatan kemajuan perniagaan tidak dapat dinikmati. Oleh itu sedikit pengorbanan yang dilakukan bagi melaksanakan tanggungjawab sosial akan dapat membalas jasa-jasa masyarakat dan kerajaan yang selama ini telah banyak membantu dan menyokong perniagaan berkembang.

Bibliograf

Dr Wan Mohamad Ghazali Wan Abdullah, 1999, Pemasaran, Biroteks ITM, Shah Alam, Selangor.

KOTLER, Philip, 1970. Marketing Management, Prentice-Hall, New Delhi.

KOTLER, Philip, 1986, Principles of Marketing, Prentice-Hall, New Delhi.

McCARTY, E JEROME, 1978, Basic Marketing, Richird D. Irwing, Inc.Homewood, Illinois.