Make your own free website on Tripod.com

Memahami Erti Kerja


Oleh: Abdullah bin Ariffin Unit Perdagangan.

Cuba kita lihat kerja dari sudut sejarahnya. Di zaman dahulu sebelum wujudnya pertumbuhan industri secara formal seorang pekerja pada asalnya ialah petani atau pun pekerja mahir di dalam keluarga mereka sendiri. Ianya mempunyai banyak kebebasan, boleh mula kerja sesuka hatinya dan begitu juga bila masa hendak berhenti kerja. Ianya mempunyai pilihan di atas kerja yang ia suka asalkan kerja itu seimbang dengan kemahirannya atau kemahiran baru yang boleh dicapai. Jadi , kerjanya boleh dianggap kompleks, lengkap dan beranika. Di sini, yang palang penting ialah dia bukanlah hamba kepada masa. Tetapi malangnya, organisasi formal telah menukar semuanya dan yang menjadi kesangsian ialah dengan adanya organisasi-organisasi formal maka disiplin-disiplin baru telah wujud. Disiplin yang pertama ialah" Disiplin Masa ". Pekerja itu diperlukan bekerja mengikut masa yang telah di tetapkan samaada di antara jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang atau 8.00 pagi hingga 4.15 petang atau 11.00 malam hingga 7.00 pagi atau apa pun masa yang telah ditetapka. Jika , oleh sebab-sebab tertentu pekerja itu ingin bekerja lebih masa atau sekiranya ia ingin memulakan kerjanya lebih awal daripada biasa ia akan mendapati bahawa pagar kilang itu samaada masih tertutup atau pun ' assembly- line' tempat ia bekerja itu masih belum boleh lagi dijalankan kerana pekerja-pekerja lain belum sampai atau pun sudah balik.

Yang ke dua ialah 'Disiplin Tugas ' .Pekerja ketika itu melihat bahawa masa kerjanya tidak mempunyai makna Dia tidak nampak tujuan kerja iu atau pun kegunaan barang-barang yang dikeluarkan. Barangan itu tidak mempunyai makna langsung kepadanya. Pekerja dapati bahawa kerja yang dijalankan itu sangat membosankan. dan terlalu berulangan. Ia juga dapati bahawa kerja itu dapat memberi kepuasan kepadanya kerana tidak memerlukan kepandaiannya sepenuh. Apa yang merunsingkan ialah pekerja merasakan bahawa semuanya ini adalah sebahagian daripada sistem kerja dan oleh yang demikian tdak boleh diubah.

Kemudian datang pula Jurutera Perindustrian atau Pengkaji Kerja. Mereka menyatakan bahawa si pekerja ini terlalu banyak membazirkan masa , tenaga dan pergerakan untuk menyiapkan tugas yang begitu membazirkan masa, tenaga dan pergerakan untuk menyiapkan tugas yang begitu 'simple'. Ia diberitahu bahawa ada cara yang dinamakan ' Cara Piawaian'. Maka di sini ia telah disemukakan dengan disiplin yang ke tiga iaitu 'Disiplin Cara'

Jadi sebagai rumusan, kerja atau lebih tepat kerja di industri, boleh dikatakan satu rangkaian aktiviti yang perlu dijalankan oleh seseorang pekerja di dalam masa yang telah ditetapkan, menggunakan cara yang telah ditetapkan,dan di dalam jangkamasa yang telah ditetapkan. Di dalam masa yang ditetapkan dengan menggunakan cara yang telah ditetapkan , dan di dalam masa yang di tetapkan itu ia seharusnya menyiapkan beberapa yunit pengeluaran yang telah ditetapkan juga. Untuk semua kerja-kerja ini dia dibayar gaji yang dianggap memadai dan saksama.

Namun evolusi kerja terus berubah . Mungkin ramai pekerja kini tidak lagi percaya bahawa dengan mematuhi ketiga-tiga disiplin iaitu ' Disiplin Masa', 'Disiplin Tugas' dan 'Disiplin Piawaian ' mereka adalah pekerja yang baik dan menerima imbuhan setimpal dengan dengan beban tugas yang mereka pikul. Samalah juga ceritanya ramai juga pekerja tidak menyedari kerja yang dibuat atau sumbangan yang diberi tidak setimpal berbanding imbuhan yang dia perolihi.